Sekadar berkongsi pengalaman bersama...
Saya selalu ingin bahagia pada setiap hari yang saya lalui. Tapi, saya selalu tertanya-tanya kebahagian yang macam mana yang saya perlukan untuk memenuhi fitrah saya sebagai hambaNya. Bertahun-tahun saya mengembara untuk mencari erti kebahagiaan yang sebenar. Baru-baru ini baru saya menemuinya setelah bertahun-tahun saya mengembara mencari apakah KEBAHAGIAAN itu sebenarnya.
Saya ingin berkongsi pengalaman bersama anda. Sekadar berkongsi pengalaman dan bukannya membuka aib sesiapa. Sehari sebelum Aidiladha, saya telah kembali menghubungi sahabat lama saya setelah bertahun menjeruk hati dengannya. Saya akui hidup saya agak tertekan kerana terlalu memikir kesalahan yang telah dia lakukan pada saya. Setiap kali saya teringatkannya, hati saya luluh dan sangat membencinya...padahal suatu ketika dulu hubungan kami sangat rapat. Bagai isi dengan kuku. Saya sukar melupakan kesalahannya.
Jiwa saya sangat tidak tenang bila memikirkannya. Maklumlah dia dahulu pernah ada dalam hati saya. Mungkin tempoh masa untuk berbaik semula dengannya telah diaturkan dengan sangat hebat oleh Allah... Kini, kami berbaik semula atas nama persahabatan. Saya dengan rela hati memafkannya dan melupakan segala kesilapannya dengan hati yang ikhlas. Hati saya sangat tenang. Kini, saya dapat beribadat dengan hati yang sangat tenang. Hidup saya gembira kerana saya berjaya memaafkannya dengan seikhlas hati saya. Saya redha dengan apa yang terjadi antara kami dan yang penting saya akan selalu mendoakan kebahagiaannya. Walau apa yang terjadi saya yakin, jika saya memaafkan orang lain dengan ikhlas, nescaya Allah akan membuka pintu keampunanNya juga buat saya. Jadilah Pemaaf kerana Allah sangat mencintai hambaNya yang pemaaf.
No comments:
Post a Comment