Thursday, 10 November 2011

Kemaafan untukmu...

Kenapa kita perlu memaafkan orang lain? 
Maaf tu apa? 


Adakah kita boleh buat macam ni...hari ni kita dah maafkan semua kesalahannya...esok2 bila kita teringatkan kisah lampau yang membuat kita geram dengan si polan, kita terus amik keputusan untuk tidak memaafkannya & ungkit kembalikesalahannya. Macam la kita tak pernah buat salah pada orang lain. hehehe...
Aduh, manusia, selagi dia masih manusia begitulah keadaannya. Sukar untuk memberi kemaafan yang tulus dan ikhlas. Hal ini mungkin kerana dipengaruhi oleh hawa nafsu. Bila kita bercakap mengenai hawa nafsu, nauzubillah... susah nya nak kawal hawa nafsu ni kan. termasuklah saya juga.

Berbalik mengenai hal kemaafan tadi, bagi saya bila kita telah memaafkan orang yang pernah sakiti hati kita, maafkan lah dia dengan ikhlas. Seikhlas2nya. Tidak perlulah kita jadi manusia yang Munafik, hari ni maaf, esok dah x maafkan lagi, tulat maafkan balik... Aduhhh...sampai bila hati nak tenang & bersih kalo kita terus bersikap sedemikian.. ingat JIWA YANG BERSIH & TENANG akan mudah mendapat HIDAYAH dari Allah SWT.

Mungkin anda akan selalu mempersoalkan begini " Awak xde di tempat saya dan tidak alami masalah seperti yang saya lalui, awak mana tau..jadi sampai bila2 pun saya takkan maafkan dia, kerana dia hidup saya musnah"... Masya Allah... hidup dalam keadaan kemarahan dan dendam tidak akan membawa kebaikan melainkan membawa kepada terjalinnya persaudaraan kepada Iblis laknatullah.

Sebenarnya jika kita ikhlas memaafkan mereka yang menyakiti kita, hati akan tenang, jiwa akan jadi lebih bersih dan fikiran akan jadi lebih waras. Tidak mustahil mereka yang pernah menyakiti kita, yang memusuhi kita, yang selalu menumpahkan air mata kita akan datang kepada kita sebagai seorang SAHABAT yang akan selalu membantu kita dan menyayangi kita.Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya.

No comments:

Post a Comment