Monday, 14 January 2013

Alhamdulillah..telah sampai masanya...

Perubahan yang dinanti..Alhamdulillah..Subahanallah..Semoga Hijrah beliau akan membuka hati orang lain untuk berubah ke arah kebaikan..InsyaAllah...

ComelnyaTok Ti bila dah pakai tudung ni...


Penghayatan Hijrah

Kesimpulan daripada Khutbah Jumaat yang bertajuk Penghayatan Hijrah

Hijrah terbahagi kepada 5 kategori

1. Hijrah Iman
Kita perlu mempertingkatan iman menerusi amal ibadah dan marilah kita membersihkan
sifat-sifat keji (mazmumah) seperti riya', takbur, sombong, irihati, dendam dan sebagainya.

2. Hijrah Ilmu.
Ilmu itu adalah cahaya dan jahil itu berbahaya. Dengan ilmu, Rasulullah saw mampu mengatur strategi hijrahdan berjaya membangunkan Kota Madinah. Firman Allah dalam surah Al-Zumar ayat 9 yang bermaksud : Katakanlah lagi (kepadanya), "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui ? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna."

3. Hijrah Amal.
Kita hendaklah sentiasa meningkatkan amal soleh sebagai bekalan untuk hari Akhirat. Tanpa amal soleh bagaimana kita ingin selamat daripada azab kubur dan api neraka?Saidina Ali r.a pernah berkata yang bermaksud " beramallah untuk kehidupan duniamu seolah-olah kamu hidup selama-lamanya dan beramallah untuk kehidupan akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya."

4. Hijrah Minda
Hijrah minda tidak sukar dilakukan kerana ia hanya perlu kepada mengubah cara berfikir daripada yang negatif kepada yang positif. Contohnya, kita biasa mendengar orang yang malas berusaha berkata, "rezeki secupak takkan menjadi segantang", atau orang yang suka menangguhkan kerja selalu berkata, " esokkan boleh buat" atau pekerja yang malas akan berkata, "kerja kuat pun gaji tak naik.."

5. Hijrah Akhlak atau tingkah laku.
Rasulullah saw berjaya mengubah perangai buruk Kabilah Aus dan Khazraj yang suka bergaduh dan bermusuhan kepada masyarakat yang saling berkasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain.
Keruntuhan akhlak antara punca umat Islam menjadi lemah. Pengaruh hidup masyarakat Barat yang terlalu bebas menjadi ikutan segelintir umat Islam seperti suka minum arak, berzina, berjudi, berpakaian seksi dan sebagainya Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang bermasud : "Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak (budi pekerti) yang mulia..

Kredit to : http://zultie2.blogspot.com/2010/12/penghayatan-hijrah.html



Burger bakar yang Kebabom!!!

Perghhh..sekarang ni orang heboh pasal buger bakar..kalo tengok dalam facebook tu org dok tepek je gambar burger bakar ni..terliur betul tengok..best sgt ke burger bakar ni...sedap sgt ke??? tengok kat gambar macam sedap..burger tingkat2, cheese meleleh2, tambah hotdog 2 ketoi...nampak mcm best je kan???

Nak kulit licin dan gebu???...Jom tepek masker..

Perasan je lebih...ngeh2..
Ada orang sanggup berhabis duit beribu-ribu ringgit semata-mata kerana ingin cantik. dan wang tersebut pastinya mereka habiskan untuk spa-spa yang menyediakan perkhidmatan untuk mencantikkan kulit muka dengan masker yang dikatakan amat berkesan itu. nah, sekarang,,, apa kata anda kacau sendiri masker tersebut. selain jimat duit, ia juga dapat menjimatkan masa anda...hehe..
Ketahuilah pelbagai jenis masker yang amat mudah untuk anda lakukan sendiri di rumah anda.


                1. Masker Gandum 

Bahan-bahan:
-Gandum
-Madu
-Yoghurt,
-Serbuk almond 

Cara-caranya:
- Campurkan ke semua bahan tersebut di dalam sebuah bekas, kacau sehingga sebati.
- Lumurkan pada wajah, tunggu sehingga kering atau hilang rasa sejuk.
- Kemudian cuci muka anda dengan air hangat atau ais untuk mendapatkan wajah yang lembut.


2. Masker Coklat 
Bahan-bahan:
-3 sudu teh serbuk coklat.
-2 sudu teh madu.
-3 senduk teh oatmeal. 

Cara-caranya:
- Campurkan ke semua bahan tersebut di dalam sebuah bekas, kacau sehingga pekat.
- Lumurkan pada wajah, tunggu sehingga kering atau hilang rasa sejuk.
- Kemudian cuci muka anda dengan air hangat atau ais untuk mendapatkan wajah yang lembut.


3. Masker untuk kulit kering

Bahan-bahan:
- 1 biji kuning telur, 
- 1 sudu teh minyak zaitun, 
- Sedikit jus lemon

Cara-caranya:
- Campurkan ke semua bahan tersebut di dalam sebuah bekas, kacau sehingga pekat.
- Lumurkan pada wajah, tunggu sehingga kering atau hilang rasa sejuk.
- Kemudian cuci muka anda dengan air hangat atau ais untuk mendapatkan wajah yang sihat dan bercahaya.


 4. Masker untuk Kulit Berminyak 

 Bahan-bahan:
-1 sudu oatmeal
-1 biji telur. 

Cara-caranya:
- Campurkan ke semua bahan tersebut di dalam sebuah bekas, kacau sehingga pekat.
- Lumurkan pada wajah, tunggu sehingga kering.
- Kemudian cuci muka anda dengan air hangat atau ais untuk mendapatkan wajah yang bebas minyak.

Menjimatkan bukan....x yah susah2 nak beli masker kat farmasi dah..huhuhu... nak kulit cantik, kena rajin n disiplin skit..hehehe... Baru meletopssss..

Kau ader???? 

Kredit to : http://www.sissyira.com

Sebelah Jiwaku>>> JACLYNN VICTOR...Layannnn


Perghhhh..semangat gila dengor lagu ni...huhuhu...lagu org frust... Frust ke aku???? ekekekek...jom layan aja dong..jangan bikin pusing2 (amik ati sendiri...) huhuhu...

Sahabat...

Kehilanganmu  ditangisi...kenangan bersama mu tidak akan ku lupakan... thanks 4 everything...
Miss u so much..
Semoga kita akan bertemu lagi suatu hari nanti... :)


 Sahabat 

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.

Hari Konvo: Saat Terindah..



18 September 2009 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang... hari kemenangan aku sebagai seorang pelajar.Segala kenangan sepanjang menuntut ilmu di USM ini akanku simpan kemas dalam diri. Aduh, banyak dugaan, suka, duka dan macam2 lagi yang aku lalui sepanjang di sini. Di sini lah aku belajar menjadi manusia yang lebih baik.


Sahabat2ku Geng GTC, anda adalah sahabat terbaik yang pernah aku kenal. 
Bila la kita dapat reunion balik erk???...masing2 dah berkeluarga, jadi agak sukar nak jumpa balik. Huda, Julia, Jaynet,& Siti...rindu banget sama kalian!!! hehehehe...Huda ( tenkiu sebab selalu spedo tempoyak+maggi..huhu..aku tukang belasah makanan dia kat Bakti Permai)..Siti (Kalo ada masalah aku cari dia..macam kakak2 skit dia ni..), Julia (member bengong, tapi memang tip top kalo buat assingment..huhuhu) dan Kilang copy paste aku kat USM, Miss Jaynet Anting..Wa caya sama lu Jaynet..selalu jadi mangsa bila budak2 Multimedia Interaktif x siap assignment..huhu...
USM...Kenangan Terindah aku di sini... :)

Thursday, 10 November 2011

MENCARI SINAR KEBAHAGIAAN

Sekadar berkongsi pengalaman bersama...
Saya selalu ingin bahagia pada setiap hari yang saya lalui.  Tapi, saya selalu tertanya-tanya kebahagian yang macam mana yang saya perlukan untuk memenuhi fitrah saya sebagai hambaNya.  Bertahun-tahun saya mengembara untuk mencari erti kebahagiaan yang sebenar.  Baru-baru ini baru saya menemuinya setelah bertahun-tahun saya mengembara mencari apakah KEBAHAGIAAN itu sebenarnya.

Saya ingin berkongsi pengalaman bersama anda. Sekadar berkongsi pengalaman dan bukannya membuka aib sesiapa.  Sehari sebelum Aidiladha, saya telah kembali menghubungi sahabat lama saya setelah bertahun menjeruk hati dengannya.  Saya akui hidup saya agak tertekan kerana terlalu memikir kesalahan yang telah dia lakukan pada saya.  Setiap kali saya teringatkannya, hati saya luluh dan sangat membencinya...padahal suatu ketika dulu hubungan kami sangat rapat. Bagai isi dengan kuku.  Saya sukar melupakan kesalahannya.

Jiwa saya sangat tidak tenang bila  memikirkannya.  Maklumlah dia dahulu pernah ada dalam hati saya.  Mungkin tempoh masa untuk berbaik semula dengannya telah diaturkan dengan sangat hebat oleh Allah... Kini, kami berbaik semula atas nama persahabatan.  Saya dengan rela hati memafkannya dan melupakan segala kesilapannya dengan hati yang ikhlas.  Hati saya sangat tenang.  Kini, saya dapat beribadat dengan hati yang sangat tenang.  Hidup saya gembira kerana saya berjaya memaafkannya dengan seikhlas hati saya.  Saya redha dengan apa yang terjadi antara kami dan yang penting saya akan selalu mendoakan kebahagiaannya.  Walau apa yang terjadi saya yakin, jika saya memaafkan orang lain dengan ikhlas, nescaya Allah akan membuka pintu keampunanNya juga buat saya. Jadilah Pemaaf kerana Allah sangat mencintai hambaNya yang pemaaf.