Monday, 14 January 2013

Nak kulit licin dan gebu???...Jom tepek masker..

Perasan je lebih...ngeh2..
Ada orang sanggup berhabis duit beribu-ribu ringgit semata-mata kerana ingin cantik. dan wang tersebut pastinya mereka habiskan untuk spa-spa yang menyediakan perkhidmatan untuk mencantikkan kulit muka dengan masker yang dikatakan amat berkesan itu. nah, sekarang,,, apa kata anda kacau sendiri masker tersebut. selain jimat duit, ia juga dapat menjimatkan masa anda...hehe..
Ketahuilah pelbagai jenis masker yang amat mudah untuk anda lakukan sendiri di rumah anda.


                1. Masker Gandum 

Bahan-bahan:
-Gandum
-Madu
-Yoghurt,
-Serbuk almond 

Cara-caranya:
- Campurkan ke semua bahan tersebut di dalam sebuah bekas, kacau sehingga sebati.
- Lumurkan pada wajah, tunggu sehingga kering atau hilang rasa sejuk.
- Kemudian cuci muka anda dengan air hangat atau ais untuk mendapatkan wajah yang lembut.


2. Masker Coklat 
Bahan-bahan:
-3 sudu teh serbuk coklat.
-2 sudu teh madu.
-3 senduk teh oatmeal. 

Cara-caranya:
- Campurkan ke semua bahan tersebut di dalam sebuah bekas, kacau sehingga pekat.
- Lumurkan pada wajah, tunggu sehingga kering atau hilang rasa sejuk.
- Kemudian cuci muka anda dengan air hangat atau ais untuk mendapatkan wajah yang lembut.


3. Masker untuk kulit kering

Bahan-bahan:
- 1 biji kuning telur, 
- 1 sudu teh minyak zaitun, 
- Sedikit jus lemon

Cara-caranya:
- Campurkan ke semua bahan tersebut di dalam sebuah bekas, kacau sehingga pekat.
- Lumurkan pada wajah, tunggu sehingga kering atau hilang rasa sejuk.
- Kemudian cuci muka anda dengan air hangat atau ais untuk mendapatkan wajah yang sihat dan bercahaya.


 4. Masker untuk Kulit Berminyak 

 Bahan-bahan:
-1 sudu oatmeal
-1 biji telur. 

Cara-caranya:
- Campurkan ke semua bahan tersebut di dalam sebuah bekas, kacau sehingga pekat.
- Lumurkan pada wajah, tunggu sehingga kering.
- Kemudian cuci muka anda dengan air hangat atau ais untuk mendapatkan wajah yang bebas minyak.

Menjimatkan bukan....x yah susah2 nak beli masker kat farmasi dah..huhuhu... nak kulit cantik, kena rajin n disiplin skit..hehehe... Baru meletopssss..

Kau ader???? 

Kredit to : http://www.sissyira.com

No comments:

Post a Comment